Membawang Hari Ini

Wany Hasrita Terima Ijazah

KUALA LUMPUR: Penyanyi Wany Hasrita akhirnya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan dari Universiti Sains dan Perubatan (MSU), Shah Alam semalam.

Pada istiadat konvokesyen itu, Wany atau nama sebenarnya Nursyazwany Hasrita Hasbullah, 24, turut ditemani keluarganya.

“Alhamdulillah saya sangat gembira sebab penat lelah selama tiga tahun akhirnya membuahkan hasil. Cuma sedikit sedih sebab ayah tak dapat hadir majlis konvokesyen saya sebab bekerja.

“Sepanjang bergelar artis saya tidak ada berdepan masalah dalam pelajaran sebab promosi dan persembahan semuanya selepas habis praktikal dan peperiksaan,” kata pelantun lagu Menahan Rindu itu.

Wany merancang untuk menyambung pengajian dalam peringkat Sarjana bidang yang sama dan berhasrat untuk menjadi pensyarah suatu hari nanti.

Kerjaya Wany bermula pada tahun lalu apabila nyanyiannya dalam aplikasi karaoke Smule mula dihidu syarikat rakaman dan disunting untuk menjadi artis.

Single pertama Menahan Rindu menjadi hit secara mendadak sebelum merakamkan beberapa single baru termasuk Di Sini Cinta Di Sana Rindu yang turut dirakam bersama penyanyi yang meningkat naik, Tajul,  dan Rintihan Rindu yang akan dilancarkan Khamis ini.?

 

-ASTRO GEMPAK

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");