Membawang Hari Ini

Yuna, Adam Bertunang

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna, melangsungkan pertunangan dengan Adam Sinclair di kediaman keluarganya di Shah Alam, Selangor, petang ini.

Penyanyi lagu Dan Sebenarnya itu mula mengenali Adam yang juga adik kepada pelakon dan pengacara, Ashraf Sinclair, di lokasi penggambaran sebuah iklan televisyen pada awal tahun 2013.

Bermula sebagai kawan biasa, hubungan pasangan itu semakin rapat sejak akhir tahun 2015 dan mula serius merancang masa depan bersama.

Terdahulu, upacara merisik berlangsung pada 27 Mac lalu.

“Syukur Alhamdulillah, majlis pertunangan kami yang hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman karib berjalan lancar. Kami sekeluarga juga gembira dapat bertemu dan bermesra dengan ahli keluarga bakal suami.

“Terima kasih kepada peminat yang mendoakan kebahagiaan kami. Berkat doa mereka, kami bertunang hari ini,” katanya dalam kenyataan rasmi kepada media lapor Berita Harian.

Mengenai Adam, penyanyi yang memiliki nama lengkap, Yunalis Mat Zara’ai itu bersyukur dipertemukan dengan jejaka yang penyayang dan baik hati.

“Ini adalah momen manis dalam hidup saya, malah menjadi langkah pertama untuk kami bersama. Saya bersyukur dipertemukan dengan jejaka yang penyayang dan baik hati. Percaturan Allah itu sangat indah.

“Sepanjang perkenalan, Adam mewarnai hidup saya dan sentiasa membuat saya tersenyum dan ketawa. Saya gembira kerana bakal menjadi isterinya nanti, insya-Allah,” katanya yang cantik dengan persalinan rekaan Hatta Dolmat

Pasangan itu bagaimanapun, tidak mendedahkan tarikh perkahwinan mereka. Sebelum ini, mereka pernah dilaporkan bertunang tetapi perkara itu dinafikan Yuna.

Simbolik gambar dimuat naik penyanyi itu yang duduk di pelamin ketika zaman kanak-kanaknya, semalam bagaikan memberi gambaran dirinya akan ke fasa baharu kehidupan apabila menjalin pertunangan hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");