Berita Hari Ini

13,837 Idea, Cadangan Bajet 2018 Diterima

KUALA LUMPUR: Kerajaan menerima sebanyak 13,837 idea dan cadangan kempen #Bajet2018 yang telah berlangsung selama 15 hari bermula 4 sehingga 18 September lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, antara topik hangat yang diangkat rakyat dalam cadangan Bajet 2018 adalah pekerjaan, kos sara hidup, pendidikan, pencukaian, perniagaan dan kewangan serta pengangkutan dan infrastruktur.

Najib berkata, platform yang merapatkan hubungan rakyat dengan pemimpin itu memberi peluang kepada semua untuk berkongsi cabaran-cabaran yang dihadapi selain daripada memberikan cadangan untuk dipertimbangkan dalam pembentukan Bajet 2018.

“Antara yang menarik perhatian saya adalah idea agar Sungai Klang dibersihkan dan dibangunkan untuk menjadi sebuah pengangkutan jalan air utama yang menghubungkan bandar-bandar di sekitarnya dan cadangan diwujudkan kerjasama antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan penduduk kampung untuk memasang panel solar di rumah-rumah kampung.

“Selain itu, ramai juga yang telah memuji pelaksanaan Transit Aliran Massa (MRT) dan meminta kerajaan membangunkan sistem pengangkutan awam yang efisyen di negeri-negeri yang berpopulasi tinggi bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas,” katanya dalam catatat terbaharu di blognya, NajibRazak.com hari ini.

Dalam pada pada itu, Perdana Menteri memberitahu bahawa beliau gembira membaca cadangan daripada penduduk desa yang mengutarakan hasrat untuk turut terlibat dalam ekonomi digital dan berharap agar peluang untuk mengembangkan perniagaan melalui ekonomi digital tidak terhad kepada penduduk bandar sahaja.

Selain itu, Najib berkata, beliau sedia maklum cadangan pelepasan cukai bagi membantu menangani kos sara hidup golongan berpendapatan pertengahan, daripada peningkatan pelepasan cukai untuk aktiviti sukan kepada pelepasan cukai untuk penyelenggaraan kenderaan persendirian.

‘Sejak Cukai Barangan dan Perkhidmatan GST diperkenalkan pada 2015, kerajaan telah menurunkan kadar cukai pendapatan individu sebanyak satu hingga tiga mata peratusan yang memanfaatkan 300,000 orang apabila mereka tidak perlu lagi membayar cukai.

“Golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4,000 sebulan juga tidak lagi mempunyai tanggungan cukai dan kadar cukai maksimum 26 peratus pula dikurangkan kepada 24 peratus, 24.5 peratus dan 25 peratus,” ujarnyna, seperti dilaporkan portal Utusan Online.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, semua cadangan yang telah diterima akan diteliti dan dipertimbangkan dengan serius oleh kerajaan kerana itu satu langkah yang tepat ke arah mendemokrasikan proses pembentukan bajet negara, satu dokumen yang bakal memberi impak yang besar kepada hala tuju negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");