Perak Hari Ini

1,648 Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia Di Perak Telah Diluluskan

IPOH: Seramai tiga penerima Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) telah diserahkan kunci kepada mereka dalam satu program di Kampung Che Zainal, Chemor, dekat sini, pada Khamis.

Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md. Hanafiah ketika ditemui berkata, 110 buah unit RMR1M telah diluluskan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi Parlimen Tambun

“Sehingga kini, 81 unit telah sedia untuk diterima pemohon dan baki yang lain masih lagi melalui beberapa proses teknikal.

“Daripada jumlah itu, seramai 25 pemohon telah menerima kunci rumah, termasuk hari ini, dan baki 56 lagi masih berada dalam proses pembinaan,” katanya.

 

Tambah beliau, untuk tahun ini, SPNB mensasarkan pembinaan 10 ribu unit RMR1M dan daripada itu, sebanyak 1,648 buah unit rumah yang berada di Perak, telah diluluskan.

Selain itu, Aminuddin juga berkata, walaupun rumah ini masih perlu dibayar oleh penerima namun, sebahagian harganya telah disubsidikan.

 

“Ada yang cakap mengapa perlu berterima kasih kepada kerajaan tapi ini kena tahu, dalam harga RM65 ribu bagi satu unit rumah, pemilik hanya perlu membayar RM45 ribu sahaja kerana kerajaan telah memberikan subsidi bagi yang selebihnya.

“Untuk faedah pinjaman pula, daripada 7 peratus, mereka hanya perlu membayar 5 peratus.

“Sebab itu kita harap penerima-penerima ini bersyukur kerana mereka adalah antara yang terpilih kerana diberi peluang untuk menikmati sebuah unit rumah seluas seribu kaki persegi, dengan harga yang mampu milik,” ujarnya.

 

Katanya lagi, sebuah unit rumah ini mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan selepas proses kelulusan diterima pemohon.

Dalam pada itu, beliau juga berkata program RMR1M ini mendapat sambutan menggalakkan dikalangan rakyat dan turut berharap agar SPNB terus membantu kerajaan dalam mewujudkan rumah-rumah mampu milik, demi kesejahteraan rakyat.

 

Pada perkembangan sama, rata-rata penerima yang ditemui rasa bersyukur kerana berjaya memiliki sebuah rumah baharu yang lebih selesa di atas tanah sendiri.

Mereka adalah, S. Perumal, 70; Azrul Zaimi Mohd Ali, 33 dan Nurul Syuhaidah Johar, 28.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");