Jenayah

19 Ditahan Miliki Dokumen Perjalanan Palsu

KUCHING – Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak menahan 19 warga Indonesia yang disyaki menggunakan pas masuk dan dokumen perjalanan palsu untuk menaiki pesawat ke Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pagi semalam.

Pengarah Imigresen Sarawak Ken Leben berkata dalam kejadian 9.15 pagi itu, tindakan tujuh wanita dan 12 lelaki tersebut disedari kakitangan syarikat AirAsia yang kemudiannya memaklumkan kepada pegawai imigresen bertugas.

“Pegawai bertugas, Frankie Edwin telah merujuk perkara tersebut kepada ketua kumpulan yang bertugas, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Muhammad Shairazi Nawawee sebelum diarahkan untuk ke Gate 4 KIA bagi membuat pemantauan bersama beberapa pegawai.

“Setelah diperiksa, didapati endorsmen dalam kesemua pas masuk serta dokumen perjalanan mereka amat diragui ketulenannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat lapor Bernama.

Beliau berkata hasil soal siasat, seorang daripada warga Indonesia terbabit mendakwa membayar 7.5 juta rupiah kepada seorang ejen yang juga warga Indonesia untuk menguruskan dokumen berkenaan menerusi sindiket yang dipercayai didalangi oleh ejen tempatan.

“Kesemua suspek ditangkap dan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Semuja, Serian bagi tindakan lanjut,” katanya menambah kesemua warga Indonesia terbabit dipercayai masuk ke Sarawak melalui Tebedu.

Beliau turut menegaskan jabatan memandang serius isu pemalsuan cop keselamatan dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang terlibat dalam sindiket tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");