Perak Hari Ini

200 Anggota 2 Briged Gotong-Royong Lapah 8 Lembu Korban

IPOH:Kira-kira 200 anggota Markas 2 Briged di sini bergotong-royong melapah daging 8 ekor lembu korban sempena sambutan Aidiladha, hari ini.

Acara penyembelihan lembu bermula jam 8 pagi bertempat di perkarangan kem Remilies 2 Briged yang diketuai oleh Panglima 2 Bridged, Brig. Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaafar.

Sebanyak lapan ekor lembu itu sumbangan daripada ahli politik dan agensi kerajaan menerusi Majlis Ibadah Korban Dan Aqiqah Kem Remilies 2 Bridged hari ini.

Menurut Mohd Nizam, sumbangan lembu dan daging korban ini akan diagihkan kepada golongan Asnaf yang kurang bernasib baik juga kepada para anggota Briged.

“Majlis yang dianjurkan setiap tahun bertujuan memupuk semangat budaya korban dan menghayati erti pengorbanan dalam Islam.

“Ia dianjurkan setiap tahun kerana kita mahu para anggota memahami erti ‘Arafah’ serta pengorbanan Nabi Ismail dahulu,” katanya.

Jelasnya lagi, sambutan Aidiladha lebih besar dan bererti daripada Aidilfitri yang membuktikan mengenai erti pengorbanan untuk difahami oleh semua.

Mohd Nizam turut bersama-sama para anggota bergotong-royong melapah daging korban serta membantu menyediakan juadah bagi bahagian daging Aqiqah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");