Berita Hari Ini

443,794 Calon Duduki UPSR, PM, TPM Doakan Kejayaan.

KUALA LUMPUR: Seramai 443,794 calon menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 bermula hari ini sehingga 18 September depan.

Menurut laman web Kementerian Pendidikan, daripada jumlah itu, seramai 433, 536 calon terdiri daripada calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 10,258 calon sekolah swasta.

Sebanyak 8,805 pusat peperiksaan dibuka membabitkan 51,363 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.

Pada perkembangan sama, Datuk Seri Najib Razak sempat mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon UPSR, malam semalam.

Perdana Menteri turut mendoakan semua murid supaya melakukan yang terbaik dalam peperiksaan itu.

“Selamat maju jaya kepada semua murid yang akan menduduki peperiksaan #UPSR bermula esok (hari ini). Do your best!,” katanya menerusi laman Twitter rasminya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga, menerusi Twitter rasminya, turut senada mengucapkan selamat berjaya kepada calon UPSR.

“Selamat Maju Jaya Buat Anak2 Yang Akan Menduduki Peperiksaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");