Berita Hari Ini

58 Mangsa Banjir Masih Di Pusat Pemindahan

NIBONG TEBAL: Seramai 58 mangsa masih ditempatkan di Dewan Serbaguna Jawi di sini selepas rumah mereka di beberapa buah kampung di daerah ini dilanda banjir kilat sejak petang semalam.

Menurut Komander Operasi Kanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) negeri, Anisah Roslan, mangsa berkenaan melibatkan 16 lelaki dewasa, 22 wanita dewasa serta 20 kanak-kanak.

“Selain itu terdapat empat orang warga emas dan seorang bayi juga masih berada di pusat pemindahan banjir,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Ujar beliau, sehingga pukul 5 petang tadi juga, Kampung Sethu paling teruk terjejas dengan paras air mencecah satu meter.

Beliau memberitahu, antara kawasan lain yang terjejas termasuk Kampung Sungai Duri; Kampung Sungai Baong; Kampung Sungai Bakap; Kampung Kovil dan Taman Desa Jawi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");