Jenayah

Abang Rogol Adik 5 Tahun

SEORANG ibu berkongsi kisah menyayat hati mengenai bagaimana anak perempuannya diperkosa abangnya sendiri.

Budak perempuan berusia lima tahun itu berulang kali dirogol sejak berusia empat tahun oleh abangnya yang kemudian memberikannya gula-gula, Skittles untuk merahsiakan perlakuan tersebut.

Namun kebenaran akhirnya muncul apabila kanak-kanak itu bertanya kepada ibunya ‘Bagaimana saya mahu berhenti menangis, ibu?’ selepas apa yang terjadi.

Ketika kejadian abang mangsa berusia 12 tahun.

Suspek akan dijatuhi hukuman kerana merogol adiknya semasa bermain permainan sembunyi-sembunyi di rumah mereka.

Ibu mangsa memberitahu Mahkamah Belia Brighton bahawa dia boleh melihat bayang-bayang di muka anak perempuannya.

“Bayang-bayang itu kembali setiap kali namanya disebut. Dia sering terjaga lima kali setiap malam akibat trauma.

“Dia masih lagi terjaga dan menangis sambil memanggil nama saya. Dia juga trauma jika ditinggalkan walaupun saya pergi ke bilik lain,” katanya.

Bercakap semasa perbicaraan kes itu, ibu budak perempuan itu mendedahkan anaknya mendakwa dia turut didera menggunakan anak patung.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");