Membawang Hari Ini

Afdlin Shauki Dapat Datuk

PELAKON Afdlin Shauki dianugerahkan darjah kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada Selasa.

Afdlin, 46, menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pasa majllis pengurniaan darjah dan oingat yang diadakan di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pahang.

Menerusi status di Instagram, Afdlin ada memuat naik foto dia bersama ibunya yang turut hadir di majlis penerimaan darjah kebesaran tersebut lapor Mstar Online.

“Gang haji saya ada dengan saya masa ambil kurnia. Ini semua berkat doa dia. Love you Hajjah mummy,” tulisnya.

Afdlin turut menerima ucapan tahniah daripada peminat di laman Instagram, sejak semalam.

Rata-rata pengikut di Instagram mengucapkan tahniah di atas pencapaian pelakon filem Cuci ini.

Malah, Afdlin turut mendapat ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis antaranya Datuk Eizlan Yusof, Datuk Hans Isaac dan Liyana Jasmay.

Selain Afdlin, usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dianugerahkan darjah Sri Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat mencemar duli mengurniakan darjah dan pingat kebesaran itu kepada 155 penerima keseluruhannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");