Jenayah

Ahli Perniagaan Didakwa Guna Datuk Seri Palsu

IPOH – Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan menggunakan gelaran Datuk Seri palsu, Januari lalu.

Mengikut pertuduhan, Irwan Mohd Nor, 43, didakwa menggunakan gelaran Dato Sri Panglima bagi maksud persendirian tanpa kebenaran bertulis dari Sultan Perak di Kampung Rapat Jaya Tambahan kira-kira jam 8.30 malam pada 20 Januari 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 3(1)(a) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Perak 2016 yang membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan lapor Sinar harian.

Bagaimanapun, Irwan mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Yusaini Amer Abdul Karim manakala tertuduh diwakili Peguam Aiman Ariff Abdul Azij.

Hakim Murtazadi Amran menetapkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport diserahkan kepada mahkamah. Kes disebut semula pada 16 Oktober ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");