Perak Hari Ini

Anak Muda Perlu Tampil Kongsi Idea- Angkasawan Dr.Catherine Cady Coleman

IPOH:Golongan muda disaran untuk tampil berkongsi idea mereka untuk dinilai dan didengar oleh semua pihak terutama golongan yang lebih berusia daripada mereka.

Dr.Catherine Cady Coleman

Angkasawan wanita dari Amerika Syarikat Dr.Catherine Cady Coleman berkata peluang yang diperolehinya melihat bumi melalui angkasa lepas memberikan definisi dan pandangan berbeza mengenai kehidupan yang memerlukan sikap saling membantu dan memahami antara satu sama lain.

Beliau terdahulu berkongsi pengalamannya berada di angkasa lepas selama enam bulan di hadapan para peserta persidangan Pangkor Dialogue 2017 yang juga merupakan antara keistimewaan buat penganjuran kali ini.

“Saya pada ketika itu mempunyai satu misi dan visi yang tersendiri, malah tiada siapa tahu apa yang akan kita dapat capai namun ia perlu dilakukan dalam kumpulan.. kita perlu kenalpasti antara satu sama lain begitu juga dengan program sebegini adakah ia akan berjaya atau tidak jadi bila kita datang ke program sebegini kita perlu tanya apa bantuan yang kita boleh dapat dan beri,” katanya.

Katanya lagi, bagi mencapai satu pencapaian yang mampan bukan sesuatu yang mudah dan ianya mengambil masa dan kerja keras.

“Saya menggunakan prinsip iaitu dalam misi kerja bersama-sama walaupun kita suka atau tak dengan orang tertentu kita perlu berkerjasama.

“Jadi apabila saya sebagai angkasawan kami boleh bersama-sama bincang apa yang kita perlukan untuk memberi bantuan dalam kumpulan jadi anda juga boleh buat benda yang sama untuk beri kefahaman pada orang lain supaya mereka bejaya,” katanya.

Jelasnya pengalaman berada di angkasa melihat bumi dari jarak jauh mengingatkannya bahawa bumi merupakan rumah kepada semua yang sangat istimewa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");