Isu Panas

Antara Isu Kilang Haram Kampung Sungai Lembu Dan Kempen “Toksik Politik”

Kepimpinan Pakatan Harapan semakin menampakkan kecetekkan rasional mereka apabila menganggap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr Norlela Ariffin sengaja berkelakuan seperti anak-anak yang menangis kerana kemahuannya ditolak.

Malah, Dr Norlela sendiri mengakui isu kilang haram di Kampung Sungai Lembu yang sering dibangkitkannya, memberi kesan buruk kepada karier politik beliau.

Inilah level parti pembangkang di Malaysia . Sudah acapkali mereka hanya beretorik  walhal tindak tanduk mereka bertentangan sama sekali  .

Contoh  mudah ialah baru baru ini   Wanita Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP melancarkan kempen “Toksik Politik”, antara lain mengecam tindakan emansipasi wanita, spt membuli, seksis dan dakwaan terpilih.

Sebenarnya, pembangkang sepatutnya melancarkan kempen ‘Toksik Dalam Parti’ terlebih dahulu, sebaliknya bukan menghentam pemimpin sendiri dengan ‘term’ yang tidak logic.

Kita tidak tahu  kepada  siapa puak Wanita Pakatan Harapan ini  tujukan  tetapi sudah tentunya kempen politik bagi memburukkan UMNO dan BN .

Cuma yang kelakarnya  kempen dilancarkan ini sebenarnya mendedahkan pekung sendiri di mana berlaku kepada kepada pemimpin PH sendiri iaitu YB Dr Norlela. ADUN Penanti itu sedang dibuli, dipulau dan hentam oleh kerajaan DAP P.Pinang, rakan dalam parti dan NGO pro PH sendiri.

Yang patut dipersalahkan, sedang enak bermaharajalela dengan keangkuhan sendiri manakala Adun yang begitu komited dengan tanggungjawab dianggap ‘Fake’ dan bersikap keanak-anakkan

Menurut Adun PKR itu, namanya disebut-disebut dalam isu kilang haram itu seolah-olah beliau melakukan kesalahan kerana membangkitkan isu berkenaan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Mei lalu dan ketika Mesyuarat Tindakan Daerah 2017.

Sekarang ini YB Dr Norlela keseorangan menghadapi “toksik politik” akibat dari tindakan beliau membela rakyat yg mengundi dia dlm pilihanraya.

Dan terbaru Speaker & ADUN Subang Jaya Paderi Hannah Yeoh pula meng”toksik”kan Norlela, dengan menganggap YB Penanti tu menangis seperti kanak-kanak yang mahu semua kemahuannya dituruti.

Apakah makna “toksik politik” itu hanya mencari salah Barisan Nasional sahaja, tetapi menjadi madu politik jika memejam mata menutup “toksik” dalam Pakatan Harapan??

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");