Sukan Hari Ini

‘Apek’ Mahu Sekat Pesta JDT

PENJAGA gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, bertekad membantu pasukannya menyekat pesta kejuaraan Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas The Red Warriors diberi nafas baru menerusi kepimpinan baru Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

JDT akan meraikan kejayaan memenangi Liga Super 2017 di Stadium Larkin malam ini dan sudah pasti kemenangan menjadi buruan skuad Harimau Selatan bagi melengkapkan detik manis menjulang gelaran itu buat kali keempat berturut-turut.

Bagaimanapun, Khairul Fahmi menegaskan tiada laluan mudah buat tuan rumah untuk berpesta kerana mereka juga mendambakan kemenangan untuk mengelak berada di zon penyingkiran liga.

“Kini kami bergelut untuk kekal dalam Liga Super, jadi kemenangan amat penting buat Kelantan.

“Saya sedar ia bukan tugas mudah tetapi sekurang-kurangnya satu mata perlu direbut,” katanya, seperti dilaporkan portal Stadium Astro.

Pada masa sama, penjaga gol kebangsaan itu mengakui kehadiran Bibi Ramjani sebagai presiden baru KAFA dan pembentukan semula barisan kepimpinan persatuan menjadi motivasi terbaik buat skuad Kelantan menghadapi ujian getir bertemu JDT.

“Alhamdulillah, kami disuntik semangat baru dengan kehadiran presiden baru tetapi apa yang paling penting, kami harus mendapatkan mata di laman JDT,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");