Membawang Hari Ini

Atilia Tunggu Tujuh Tahun Untuk Album Baru

LEBIH tujuh tahun sepi tanpa sebarang album baru, kini penyanyi Atilia Haron mampu melirik senyum panjang apabila akhirnya album ketiganya, No.3 berada di pasaran sejak September lalu.

Mengakui proses menyiapkan album ini agak panjang atas beberapa kekangan yang tidak boleh dielakkan, penyanyi yang sinonim dengan lagu-lagu RnB dan Jazz ini mengharapkan yang terbaik untuk No.3.

Atilia sebelum ini mempunyai dua album iaitu Sangkar (2007) dan Indah yang diterbitkan pada 2010.

“Saya rancang nak lancarkan album ni tahun lepas. Tapi, terpaksa tangguh proses nak siapkan album ni sebab beberapa faktor termasuk masalah kesihatan bapa. Pada masa sama, saya juga mahukan yang terbaik untuk No.3 ini. Ada beberapa proses seperti mastering dilakukan di luar negara.

“Jadi mahu tidak mahu, saya terpaksa tunggu demi memastikan output album ini dapat memuaskan hati saya. Semoga album ini turut dapat memberi kepuasan sama kepada pendengar juga, Insya-ALLAH.

Boleh dikatakan, No.3 mengambil masa tiga tahun untuk siap sepenuhnya,” katanya lapor Media Hiburan, sejurus majlis pelancaran album ini di The Alexis, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ditanya apakah kelainan album tersebut berbanding dua album sebelum ini, Atilia yang juga anak kepada penyanyi senior, Salamiah Hassan menjelaskan, untuk album kali ini, dia lebih banyak memuatkan muzik berentak pop.

“Setiap album yang dihasilkan pasti mempunyai kelainan dan kali ini, saya terapkan elemen muzik pop yang lebih segar, catchy dan komersial bagi memberi ruang buat semua peminat muzik untuk bersama-sama hargai muzik yang terkandung dalam album ini.

Katanya, kebanyakan lagu dalam No.3 memang ada variasi terutama daripada sisi melodi muzik yang lebih kepada pop yang easy listening dan mesra pendengar tetapi masih mengekalkan identiti sebenarnya

Jelajah Jakarta

Tambahnya Atilia dia turut terlibat di dalam beberapa siri jelajah sebagai salah satu rangka promosi untuk album terkininya.

“Setakat ini, saya akan mengadakan siri jelajah berkenaan di empat lokasi. Tidak hanya tertumpu kepada di dalam negara sahaja, tetapi turut merangkumi negara serantau seperti di Jakarta, Indonesia.

“Semoga lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album ini akan mendapat maklum balas positif daripada pendengar,” ujar Atilia yang menjadikan lagu Aku Curiga sebagai single pertama, diikuti Bahagiaku sebagai single kedua.

Kongsi penyanyi ini lagi, pemilihan dua lagu tersebut sebagai antara single terawal adalah kerana muziknya yang rancak dan mudah diterima ramai.

Sementara itu, lagu duetnya bersama Adibah Noor berjudul Sandaranku turut menjadi antara yang istimewa.

Kata Atilia, mereka berdua saling menghargai kerjaya dan muzik yang dihasilkan. Jadi apabila diberi peluang merakam lagu secara duet, pastinya pelawaan itu tidak boleh dilepas begitu saja.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");