Jenayah

Atlet Renang Britain Didakwa Rogol

SEORANG atlet renang Sukan Komanwel mewakili Great Britain didakwa merogol seorang wanita di Cardiff, Wales.

Atlet berkenaan, Otto Putland, 23, didakwa berada di atas katil di sebuah bilik selepas mangsa mengadakan hubungan seks dengan rakannya yang juga atlet mewakili Sukan Olimpik, Iuean Lloyd.

Mangsa dikatakan pulang ke rumah Lloyd, atlet yang menyertai temasya sukan itu di London 2012 dan Rio 2016.

Kes yang diperdengarkan di mahkamah memberitahu Putland kemudian masuk ke bilik yang sama.

Mangsa bagaimanapun enggan melakukan hubungan seks tetapi Putland didakwa menanggalkan pakaiannya sebelum merogolnya sebanyak dua kali.

Putland yang mewakili Wales dalam Sukan Komanwel di Glasgow pada 2014, ditahan pada November 2016, 16 bulan selepas insiden berlaku.

Beliau mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan merogol dan memberitahu mahkamah bahawa hubungan seks tersebut di atas kerelaan mangsa lapor Mail Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");