Isu Panas

Azmin Tempelak Tun M: Petanda HARAPAN Semakin Tiada Harapan

Tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menempelak Tun Mahathir jelas menunjukkan satu lagi spekulasi dalaman yang wujud antara pakatan HARAPAN.

Azmin sebelum ini memberi peringatan kepada Mahathir bahawa warkah Anwar dari penjara menyebabkan masalah kepada gabungan itu kerana ia memberi lampu hijau kepada PKR terus berhubung dengan PAS.

Azmin berkata sebagai ketua umum pakatan pembangkang, Anwar mempunyai hak untuk menasihatkan HARAPAN.

Surat Anwar itu dikeluarkan selepas Majlis Presiden Harapan memutuskan untuk menamatkan perbincangan dengan PAS dan bersedia untuk pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang.

Nampaknya, pembangkang dan PKR berbelah bahagi berhubung isu ini. Apa tidaknya, masing-masing (kepimpinan tertinggi) mempunyai agenda tersendiri untuk dipenuhi.

Anwar dengan cita-cita mahu menjadi PM manakala Tun M pula mempunyai agenda untuk menjadikan anaknya Mukhriz sebagai PM ke-7.

Dalam hal ini, memang nampak kasihan pada Anwar sebab sudah lama tunggu giliran nak jadi PM, malah kini semakin kemaruk ingin mendapat jawatan tersebut.

Pembantu kepada Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Seri Rizal Mansor dilihat membuat kenyataan sarkastik dalam isu ini.

“Sudahlah Mahathir ranapkan cita-cita Anwar untuk jadi PM ke-5, takkanlah Anwar sanggup lagi menunggu untuk menjadi PM ke-8 pula.

Menerusi kenyataannya, Rizal bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden PKR itu yang mengingatkan Tun M mengenai kedudukan Anwar dalam Pakatan Harapan.

“Saya setuju dengan peringatan Azmin bahawa Dr Mahathir kena hormat Anwar sebagai ketua umum pakatan pembangkang lebih tinggi daripada Pengerusi Pakatan Harapan (jawatan Mahathir),” katanya.

Beliau berkata Mahathir mesti mendengar dan menghormati keputusan Anwar berhubung rundingan dengan PAS walaupun bekas timbalannya itu kini adalah seorang banduan.

Rizal berkata Mahathir mesti berbuat demikian jika benar bekas perdana menteri itu tidak lagi menaruh dendam dengan Anwar yang dipecatnya pada tahun 1998.

“Justeru, Mahathir kenalah dengar jugak cakap Anwar, untuk kali ini sahaja,” katanya.

Mereka yang mahu rundingan itu diteruskan mendakwa bahawa pertandingan tiga penjuru akan memberi manfaat kepada BN sedangkan mereka yang menentangnya berpendapat bahawa pintu untuk rundingan telah ditutup.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");