Sukan Hari Ini

B-18 AFF: Malaysia Benam Timor Leste

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara meneruskan rentak cemerlang pada kempen Kejuaraan B-18 AFF 2017 apabila menewaskan Timor Leste 3-0 di Stadium Aung San, Yangon, Myanmar, semalam.

Ia adalah kemenangan ketiga berturut-turut diraih skuad kendalian Bojan Hodak dalam saingan peringkat Kumpulan A, selepas menang 4-1 dan 3-1 masing-masing ke atas Laos dan Singapura sebelum ini, lapor BH Online.

Kemenangan itu menyaksikan skuad muda negara berada di kedudukan teratas kumpulan, berkongsi sembilan mata dengan Thailand di tangga kedua.

Pada aksi malam tadi, anak buah Hodak tidak menunggu lama untuk berada di depan menerusi jaringan Akhyar Abdul Rashid yang meledak gol pertama pada minit kelapan.

Keputusan itu kekal sehingga rehat sebelum Muhammad Nurfais Johari menjaringkan gol kedua pada minit ke-56.

Lima minit kemudian, Nabil Hakim Bokhari hampir menambah gol ketiga Malaysia, namun sepakan percumanya sekadar menggegar palang.

Kekecewaan itu bagaimanapun ditebus Saiful Iskandar Adha Saiful Azlan yang mudah menolak masuk bola hantaran Akhyar pada masa kecederaan babak kedua, sekali gus mengesahkan kemenangan buat skuad negara.

Malaysia akan berdepan Kemboja Ahad ini, sebelum menentang Thailand pada perlawanan terakhir kumpulan, Selasa depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");