Sukan Hari Ini

Bale Gesa Penyokong Bersabar

GARETH Bale memohon agar penyokong bersabar selepas Real Madrid memulakan kempen musim ini dengan hambar.

Selepas menjuarai Piala Super UEFA dan membelasah Barcelona dalam Supercopa de Espana selepas menjuarai LaLiga dan Liga Juara-Juara musim lalu, ramai yang menjangkakan Madrid untuk meneruskan momentum itu musim ini.

Bagaimanapun, keputusan seri dalam dua perlawanan berturut-turut berdepan Valencia dan Levante meletakkan mereka kini ketinggalan empat mata di belakang musuh tradisi, Barcelona.

Menurut laporan dari portal Stadium Astro, Bale yang dengan hanya satu gol daripada lima perlawanan musim ini, telah menjadi mangsa kecaman penyokong di Santiago Bernabeu dan bintang Wales itu berkata mereka bertekad untuk bangkit selepas ini.

“Kami perlu bertenang dan cuba memenangi satu demi satu perlawanan,” kata Bale dalam satu majlis tajaan di Madrid, semalam.

“Kami telah memulakan musim baru dengan baik apabila meraih dua kejuaraan Piala Super, tetapi kami mahu meneruskan momentum itu. Di Madrid, kami mahu memenangi kesemuanya.”

Madrid bakal berkunjung ke San Sebastien bagi menghadapi Real Sociedad — yang ketika ini menyamai kutipan mata bersama Barca selepas tiga perlawanan.

Bale gemar beraksi di Stadium Anoeta apabila telah pun meledak gol dalam tiga kunjungan sebelum ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");