Berita Hari Ini

Bangladesh Cadang Wujud Zon Selamat Di Rakhine

DHAKA: Bangladesh bercadang mewujudkan sebuah ‘zon selamat’ dikendalikan kumpulan bantuan untuk etnik Islam Rohingya di Rakhine, bagi menghalang ratusan ribu pelarian menyeberang sempadan susulan tindakan keras tentera.

Rancangan itu, terbaharu dicadangkan Dhaka, kemungkinan tidak menarik minat Myanmar di mana ramai menganggap 1.1 juta penduduk Rohingya sebagai pendatang haram dari Bangladesh.

Ia menyebabkan Bangladesh, satu daripada negara termiskin di dunia, tiada pilihan lain selain membuka kem baharu untuk pelarian.

Dhaka menghantar cadangan itu kepada kerajaan Myanmar menerusi Jawatankuasa Palang Merah bagi mendapatkan tiga kawasan di Rakhine, didiami Rohingya dengan mencadangkan penduduk yang lari akibat keganasan ditempatkan di sana di bawah pengawasan organisasi antarabangsa, seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Logiknya, cadangan zon itu ialah supaya tiada penduduk Rohingya boleh memasuki Bangladesh,” kata Setiausaha Luar Bangladesh, Shahidul Haque.

Palang Merah mengesahkan pihaknya sudah menyampaikan permintaan berkenaan kepada Myanmar, namun berkata, ia adalah keputusan politik yang perlu dilakukan kedua-dua negara.

Seorang jurucakap Myanmar bagaimanapun enggan mengulas, lapor BH Online menerusi Reuters.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");