Berita Hari Ini

Banjir Di Perlis Hampir Pulih Sepenuhnya

KANGAR – Tiga lagi pusat pemindahan mangsa banjir ditutup petang ini, dan berbaki empat yang masih dibuka untuk menempatkan 855 orang daripada 240 keluarga.

Pusat pemindahan yang ditutup setakat 4 petang ini ialah Dewan Orang Ramai Pangkalan Asam (Parlimen Kangar) dan dua dalam Parlimen Arau iaitu Dewan Orang Ramai Padang Petani dan Sekolah Kebangsaan Kampung Serdang lapor Bernama.

Menurut kenyataaan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perlis, dalam Parlimen Arau cuma tinggal pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Long Boh yang menempatkan 87 orang daripada 23 keluarga.

Pusat pemindahan dalam Parlimen Kangar yang dibuka ialah di SK Bintong yang menempatkan 403 orang daripada 119 keluarga; SK Panggau (202 orang daripada 48 keluarga); SK Sri Perlis (95 orang daripada 30 keluarga) dan Dewan Orang Ramai Kota Keran (68 orang daripada 20 keluarga).

Jurucakap JPBN Perlis yang dihubungi berkata mangsa yang masih berada di pusat pemindahan dijangka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing lewat petang ini atau esok berikutan banjir hampir surut sepenuhnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");