Perak Hari Ini

Bekas Ketua Hakim Syarie, Mufti Terima Pengiktirafan Maal Hijrah Negeri

LUMUT: Bekas Ketua Hakim Syarie Negeri Perak, Datuk Abdul Aziz Mohd Yusuf, menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah bersempena dengan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Bagi Tahun 1439/2017.

Abdul Aziz, 72, dipilih kerana sumbangan beliau dalam bidang perundangan Islam di Perak.
Beliau berkata, ketegasan dan berhemah adalah prinsip utamanya dalam menjalani tugas selain menyantuni semua pekerja di setiap peringkat.

Selain itu, Mufti Perak, Tan Seri Datuk Dr Harussani Zakaria, pula dinobatkan sebagai Tokoh Ar Ridzuan bagi tahun ini.

Anugerah di sampaikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dalam majlis yang diadakan di Dewan Shariff, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dekat sini pada Jumaat.
Turut mengiringi Baginda Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, serta Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria.


Mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan tajaan umrah bernilai RM7,000 berserta medal, hadiah iringan dan sijil.

Selain itu, majlis turut menyampaikan Anugerah Pengurusan Masjid Terbaik, kepada Masjid An-Nur Batu 8 Ulu Kinta.

Tanah Perkuburan Islam Kampung Chabang Lima, Tanjung Malim, pula dinobatkan sebagai Anugerah Pengurusan Tanah Perkuburan Terbaik.

Sambutan Maal Hijrah yang mengangkat tema ‘Kesatuan Ummah, Kesejahteraan Negara’ pada tahun ini turut menyaksikan penyenaraian anugerah baru iaitu, Anugerah Hamam Terbaik.

Masjid Al-Adli Pekan Lumut berjaya menjadi penerima pertama anugerah yang julung kali diadakan itu.

Kesemua wakil penerima membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000, beserta sijil dan plak penghargaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");