Laporan Eksklusif

Benarkah Rakyat Lebih Percaya NGO Dari Wakil Rakyat

Isu penipuan atau scam serta ketirisan perlaksanaan tanggungjawab dikalangan jabatan kerajaan yang kadangkala berlaku ternyata menimbulkan keluhan dikalangan rakyat.

Kadangkala rakyat terfikir dengan siapa mereka boleh mengadu domba.

Kewujudan NGO yang berpaksikan masalah rakyat ternyata memberi kelegaan.

Individu-individu seperti Yusuf Azmi atau Lan Lando antara nama yang sering disebut-sebut kerana cukup berani berdepan dengan mana-mana untuk membela nasib rakyat.

Hanya tiga minit, kumpulan kelab motor Ikatan Silaturahim Brotherhood (Brotherhood) pantas menutup lubang jalan yang membahayakan pengguna jalan raya.

Ketuanya Lando, nama popular Azlan Sani Zawawi kecewa dengan tindakan sambil lewa pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sering menggunakan alasan peruntukan untuk kerja baik pulih.

“Saya pernah bersemuka dengan pihak PBT. Alasan yang mereka berikan jalan berlubang tidak berturap adalah menunggu peruntukan.

“Turapan yang saya buat ini bernilai RM35 sahaja dan hanya boleh dibuat dalam masa tiga minit. Tidak susah.

“Cuma hendak dengan tidak sahaja,” kata aktivis yang lebih 10 tahun menurap jalan berlubang seluruh Malaysia. – MalayMail

“Sebelum saya bersama PPIM, saya berniaga gas memasak, kiub ais dan mengusahakan tiga restoran namun sudah ditutup.

“Mulanya saya ditipu lebih daripada RM1 juta. Saya masuk PPIM, saya ingat saya susah tetapi saya lihat ada yang lebih susah.

“Saya ingin berjuang bukan khusus kepada orang Melayu seperti dalam isu Caltex ada pengusaha Cina sudah 50 tahun.

“Ini satu platform terbaik untuk pengguna di Malaysia. Bukan untuk saya atau PPIM tetapi untuk kita semua,” katanya. – MalayMail 

Persoalannya adakah rakyat sekarang lebih mempercayai NGO berbanding pemimpin di Negara ini.

Mengapa perkara ini berlaku?

Diakui tidak semua pemimpin yang sanggup turun padang mendengar keluh kesah rakyat. Namun tidak dinafikan kewujudan pemimpin yang hanya nampak batang hidung apabila menjelang pilihanraya.

Rakyat memerlukan wakil rakyat yang mudah untuk ditemui dan bukan seorang pemimpin yang hanya kelihatan apabila ada program semata-mata.

Pilihanraya semakin hampir, ada pemimpin yang baru mahu turun padang, ada pemimpin yang tak habis-habis dengan ceramah.

Sejauh manakah keikhlasan pemimpin menggalas tanggungjawab memang sukar untuk dilihat. Apa yang jelas, lebih ramai pemimpin yang hanya melobi apabila pilihanraya semakin hampir.

Tidak kiralah di parti mana pun, rakyat memerlukan pemimpin yang bertanggungjawab dan bukannya asyik berpolitik dan mengecam antara satu sama lain.

Hentika politik kecaman dan jadilah pemimpin yang disegani.

Jika individu lain atau NGO boleh perjuangkan masalah, apatah lagi wakil rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");