Perak Hari Ini

‘Biarlah Pembangkang Dengan Kenyataan Sampahnya’ – MB Zambry

KAMPAR: “Kalau tindakan kita dengan mengutip sampah ini sebagai satu simbol kepada kegagalan pentabiran kerajaan negeri, biarkan lah dia, dengan kenyataan sampahnya”

Itu merupakan respon Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir apabila diminta mengulas tentang twit oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan, Ngeh Koo Ham yang mendakwa tindakan beliau mengutip sampah sebagai publisiti murahan dan mahu menutup kegagalan urusan pentadbiran negeri.

“Saya telah menjangkakan ini kerana setiap kali kita turun buat kerja dan mengajar rakyat tentang kebersihan, itu yang mereka tak tahan (tergugat) kerana kita buat di kawasan-kawasan bandar yang mereka menjadi wakil rakyatnya.

“Pada saya, biarlah kita meneruskan agenda kita untuk menjadikan negeri Perak sebagai negeri bersih dan kepada pembangkang, biarlah mereka terjun bersama dengan labu-labunya”, ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan program Dialog Transformasi Nasional (TN50) yang diadakan di Dewan Auditorium Majlis Daerah Kampar, dekat sini, pada Selasa.

Terdahulu, Menteri Besar membuat kejutan apabila memandu sendiri lori sampah pada sesi program Program Perak Yang Bersih Daerah Kampar, pada hari yang sama.

Beliau sekali lagi turun padang mengutip sampah dan kali ini bersama barisan exco kerajaan negeri dan penduduk setempat di kawasan Malim Nawar.

Aktiviti program Perak Yang Bersih Daerah Kampar dianjurkan di Malim Nawar bersempena program permukiman Menteri Besar di Daerah Batu Gajah dan Kampar yang berlangsung 25 sehingga 30 September ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");