Perak Hari Ini

BN Sudah Sedia Hadapi PRU-14

IPOH: Barisan Nasional (BN) Negeri Perak mengumumkan segala persediaan bagi menempuhi Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14) sudah pun siap.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beberapa parti komponen dan rakan BN sedang giat mengadakan mesyuarat serta perisapan jentera untuk pilihanraya umum yang akan tiba pada bila-bila masa.

“Seperti kita lihat hari ini, Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) sudah mula mengadakan mesyuarat perwakilan mereka dan walaupun mereka menjadi rakan kita namun, kesetiaan kepada BN tidak pernah luntur.

“Inilah sumber kekuatan kita di mana semua parti komponen dan penyokong kita bekerjasama sebagai satu pasukan bagi memastikan negeri ini akan terus berada dalam genggaman kita”, katanya.

Tambah Zambry yang juga Pengerusi BN Perak berkata, sokongan masyarakat India kepada BN sangat positif dan diharap ianya akan berterusan sehingga ke masa hadapan.

“Kita sentiasa mementingkan kebajikan semua masyarakat tanpa mengira bangsa.

“Seperti hari ini, masyarakat India memerlukan sekolah-sekolah yang mana telahpun diushakan oleh kerajaan sejak sekian lama namun, atas sebab beberapa masalah teknikal ianya mungkin merencatkan sedikit proses untuk mendapatkannya.

“Namun ia bukan bermakna kita tidak komited sedangkan kerajaan sudah berbelanja berjuta-juta ringgit untuk pembangunan pendidikan masyarakat India, dan ditambah pula dengan kewujudan Pelan Tindakan (Blueprint) Masyarakat India yang telah dilancarkan sendiri oleh Perdana Menteri kita,” ujarnya.

Pada masa sama, Zambry juga mengulas berkenaan isu terdapat segelintir ahli dari parti komponen BN yang meminta kepadanya untuk bertanding di sesetengah kawasan.

“Bagi saya tidak salah untuk menyatakan hasrat kerana dalam BN kita sentiasa ada semangat ‘bermusyawarah’ dimana saya sentiasa terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan cadangan.

“Akan tetapi, apabila keputusan sudah dibuat diperingkat tertinggi, (sebagai ahli) kita kena akur dan patuh terhadap keputusan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan IPF Negeri Perak Ke-26 di Dewan Bangunan Persatuan India Kinta (KIA) di sini, pada Ahad.

Sementara itu, Presiden IPF, Datuk M. Sambanthan ditemui berkata walaupun permohonan IPF untuk menjadi sebahagian daripada parti komponen BN masih lagi belum terjawab namun, beliau berjanji akan tetap teguh berada di belakang BN bagi menghadapi PRU-14 ini nanti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");