Jenayah

Buaya 1,000kg Naik Ke Darat

LIMBANG: Buaya seberat 1,000 kilogram yang menggemparkan penduduk setempat selepas dikesan berkeliaran di tempat awam di bandar ini, ditangkap pagi tadi.

Reptilia sepanjang kira-kira lima meter itu ditangkap anggota Bomba dan Penyelamat Limbang dengan bantuan beberapa agensi pada jam 7.39 pagi.

Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Limbang, Mohd Ali Mohd Salleh, berkata buaya itu dipercayai merayau di kawasan Weslake Centre.

“Seramai lapan anggota menangkap buaya berkenaan menggunakan tali. Operasi selesai dalam tempoh setengah jam,” katanya di sini, hari ini, lapor BH Online.

Beliau berkata, reptilia itu akan diserahkan kepada pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tindakan lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");