Jenayah

Budak 7 Tahun Dirogol Datuk, Bapa Saudara

SIBU: Satu lagi kes sumbang mahram dilaporkan berlaku di negeri ini dengan kali ini membabitkan mangsa seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh datuk dan bapa saudara mangsa di sebuah rumah panjang di Sungai Durin, di sini, sejak tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata kejadian itu terbongkar pada 2 September lalu selepas mangsa memberitahu perbuatan datuk dan bapa saudara kepada ibunya yang berusia 27 tahun.

Beliau berkata, mangsa mendakwa kes berlaku beberapa kali sejak tahun lalu ketika mangsa tinggal bersama datuknya di rumah panjang itu, manakala ibunya pula tinggal di Mukah.

“Kira-kira jam 1 petang ini, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Sibu menahan bapa saudara mangsa yang berusia 25 tahun di tempat kerjanya di kilang papan di Durin.

“Kira-kira sejam kemudian, seorang lelaki berusia 53 tahun iaitu datuk mangsa pula ditahan di kediamannya di rumah panjang,” katanya, menurut laporan BH Online.

Beliau berkata, berdasarkan semakan, datuk mangsa mempunyai rekod jenayah seksual kerana merogol anaknya sendiri pada 2008.

“Suspek dibebaskan dari penjara tahun lalu selepas menjalani hukuman 12 tahun penjara dan lima sebatan.

“Kedua-kedua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Sibu pada Khamis untuk mendapatkan perintah tahanan reman,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");