Perak Hari Ini

“Bukan Untuk Buat Duit, Tapi Mahu Orang Membaca”

IPOH:Buat pencinta buku tegar yang ingin memiliki buku terkini atau klasik tanpa berbelanja besar pastinya kedai buku terpakai antara yang menjadi pilihan utama.

Biarpun anda berbelanja besar nikmat dan sikap membaca itu cukup bernilai kepada diri si pembaca itu sendiri jadi tidak hairanlah kedai buku sentiasa menjadi lokasi untuk dikunjungi.

Peraktoday kali ini bercerita pula mengenai keunikan kedai buku klasik yang sudah beroperasi sekian lama mungkin sebelum penulis sendiri lahir ketika awal tahun 90-an.

Pernah Dengan Mengenai Novellar?

Deretan kedai buku di Bandaraya Ipoh ini pelbagai, sama ada di bangunan kedai atau lot-lot dalam pasar raya malah buku-buku dijual juga terdiri dari pelbagai kategori dan jenis.

Namun uniknya di kedai buku Novellar di Silibin ini yang sudah beroperasi sekitar 15 tahun sehingga ke hari ini masih memenuhi permintaan pelanggan setianya yang rata-rata ingin mendapatkan koleksi komik animasi Jepun atau Hong Kong dengan harga yang cukup berpatutan.

Pemilik kedai buku Novellar, K. Jeyaabalan

Pemilik kedai buku Novellar, K.Jeyaabalan,50 tahun berkata perniagaan kedai buku dan alat tulis merupakan perniagaan keluarganya lebih 15 tahun lalu malah sehingga kini lebih lebih 10 ribu buku baru dan lama sudah terjual.

Jelasnya perniagaan tersebut adalah salah satu kepuasan buat dirinya sendiri dan pelanggan , mempunyai pelbagai pilihan buku, majalah, novel dan komik dalam pelbagai bahasa.

“Novellar banyak menjual pelbagai jenis komik, majalah dan jurnal ilmiah.. pelanggan juga banyak yang datang dari Perak dan ada juga dari Kuala Lumpur.

“Kebanyakkan mereka mencari majalah dan komik yang dialih bahasa dari Hong Kong antara yang menjadi buku yang paling terkenal ketika itu,” katanya.

Memasuki ruang kedainya yang cukup klasik dengan cahaya suram adanya susunan buku yang bersepah di satu sudut kedai. Penulis terpegun seketika melihat banyaknya dereten komik Naruto dan Mutiara Naga (Dragon ball) dan penjelajah Jojo karya Hirohiko Araki tersusun kemas mengikut susunan jilidnya cukup menyeronokkan dan menimbulkan perasaan ingin membaca.

Jelas Jeyaabalan lagi, pelanggan juga boleh menyewa buku yang diminati dan sehingga kini Novellar menjadi lokasi persinggahan peminat komik dan buku terpakai.

“Masih ada pelanggan setia dan tetap dan perniagaan buku terpakai bukannya untuk mengaut keuntungan tetapi untuk memberi semua orang peluang membaca.

“Ketika kecil kesusahan untuk mendapatkan bahan bacaan menjadikan diri saya cukup bertekad menjalankan perniagaan ini sehingga kini.

“Saya bukan fikir untuk buat ‘duit’ tetapi saya mahu ramai orang boleh membaca tanpa rasa terbeban dahulu bukan semua orang mampu membaca majalah dan buku kerana harganya mahal dengan adanya kedai buku terpakai ada peluang untuk mereka membaca,” katanya.

Katanya jika ada pelanggan yang datang ingin membaca, Jeyaabalan sentiasa memberi ruang pembacaan secara percuma malah potongan 50 peratus diskaun turut diberikan kepada pelanggan yang mahu membeli buku-buku di Novellar.

“Kebanyakkan kanak-kanak di sekitar kawasan Silibin datang ke sini dan membaca. Saya beri sahaja mereka masuk dan membaca secara percuma

“Seingat saya Novellar antara kedai buku pertama di Ipoh yang menjual komik dari hong kong bertajuk dendam kesumat yang telah dialih bahasa kepada Bahasa Melayu,”katanya.

Jelasnya sehingga kini permintaan terhadap koleksi buku dan komik lama yang tiada lagi dicetak semakin tinggi termasuklah seperti komik tempatan Ujang.

Bagi pengunjung yang ingin ke Novellar, lokasinya 45A, Jalan Kledang Raya 21, di Taman Alkaff, Silibin, Ipoh pada aras dua.

Pelanggan boleh menghubungi Novellar terlebih dahulu di talian 05-5281092 atau (016-5617664).

Bagaimana pula Dengan Novelhut?

Novelhut telah menjadi ‘branded’ sebagai kedai buku terpakai yang terkenal di Ipoh sejak 1990-an lagi dan mungkin hingga ke hari ini.

Kedai tersebut sehingga kini masih menjual pelbagai jenis buku termasuk buku terpakai serta sewaan buku, majalah dan pelbagai lagi bahan ilmiah.

Bagaimanapun Novelhut telah berpindah di bangunan sendiri berhadapan dengan Hotel Syuen dan tidak lagi beroperasi di Pasaraya Parade Ipoh.

Menerusi tinjauan Peraktoday keadaan ruang kedainya lebih teratur dan kemas malah ia banyak dikunjungi oleh peminat buku pada hujung minggu.

Novelhut kini beroperasi di 87 Jalan Sultan Abdul Jalil (berhadapan Hotel Syuen) yang dibuka pada jam 10 pagi hingga 8 malam setiap hari.

Jadi jika anda ada masa bolehlah berkunjung semula ke dua kedai buku legend ini ya!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");