Perak Hari Ini

Caj Bayaran Letak Kereta Di Stesen Tanjung Malim Perlu Dipertimbangkan Semula -MB Perak

IPOH:Kerajaan Negeri meminta Perbadanan Aset Keretapi (RAC) supaya mempertimbangkan semula dan menangguhkan keputusan untuk mengenakan caj bayaran di kawasan letak kereta setiap stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang beroperasi di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata demikian bagi mengulas mengenai keputusan caj bayaran tempat letak kereta di stesen Tanjung Malim yang difahamkan akan bermula pada esok hari.

“Kerajaan Negeri  memohon pihak perbadanan menimbang semula keputusan mereka bagi mengenakan caj meletak kenderaan di kawasan stesen keretapi yang difahamkan akan dilaksanakan di kawasan letak kereta di Tanjong Malim.

“Kerajaan negeri berpendapat keputusan mengenakan bayaran perlu dipertimbangkan semula dan ditangguhkan buat sementara waktu bagi membuat penilaian yang lebih terperinci,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas mesyuarat Exco hari ini.

Katanya, tindakan mengenakan caj bayaran hanya akan menimbulkan keresahan dalam masyarakat dan isu seperti ini juga dikhuatiri akan memberi impak negatif kepada perkhidmatan keretapi.

“Kerajaan sedang memberi galakan pengangkutan awam perkhidmatan ETS yang begitu efisien sekali melibatkan perjalanan Kuala Lumpur ke Perak dan saya yakin caj meletak kenderaan ini tidak akan menjadi sumber pendapatan mereka, berapa sangat untungnya,” katanya.

Jelasnya lagi pihak perbadanan sepatutnya memberi kemudahan ini kepada penumpang yang akan menggunakan perkhidmatan keretapi ETS selama ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");