Sukan Hari Ini

Chong Wei Mahu Cipta Rekod Di Jepun

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menyifatkan buruan gelaran ketujuh Terbuka Jepun, esok cukup penting baginya dalam usaha untuk kekal sebagai pemain paling banyak menjuarai kejohanan bertaraf Siri Super itu.
Pemain nombor tujuh dunia itu berkata, dia seboleh-bolehnya mahu mencapai rekod berkenaan sekali gus membuatkan pemain lain sukar untuk mengatasinya.
“Sudah pasti saya mahu cipta rekod. Bukan mudah untuk mana-mana pemain meraih tujuh gelaran juara pada Terbuka Jepun.
“Saya ada peluang untuk melakukannya dan saya tidak mahu sia-siakannya,” kata Chong Wei ketika dihubungi di Tokyo, hari ini, oleh BH Online.
Bagaimanapun, Chong Wei tidak akan berdepan laluan mudah untuk merealisasikan misinya itu apabila dia perlu berdepan juara dunia 2017, Viktor Axelsen dari Denmark di pentas final, esok.
Terdahulu, Chong Wei mara ke final selepas menewaskan bintang muda China, Shi Yuqi 21-19, 21-8.
Axelsen pula terus mempamerkan peningkatan dengan aksi konsisten mengatasi Son Wan Ho dari Korea Selatan, 21-16, 21-16 dalam aksi separuh akhir.
“Permainan saya semakin hari semakin bertambah baik.
“Seperti yang saya katakan sejak awal kejohanan lagi, kejohanan ini adalah medan untuk saya membina semula tahap keyakinan saya.
“Saya tahu esok akan menjadi perlawanan yang sukar namun saya akan kekal fokus,” kata Chong Wei yang mara ke final kali ke-100 sepanjang kerjayanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");