Isu Panas

‘Cina Sokong Kita Pada PRU14 Nanti’

SABAK BERNAM – Pas komited bekerja untuk mendapatkan sokongan pengundi, selain bersedia sepenuhnya jika terpaksa berdepan sama ada dua atau tiga penjuru sekali pun dalam PRU14.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, tidak adil mendakwa kononnya Pas gagal menarik sokongan bukan Melayu khususnya pengundi Cina sedangkan parti itu mempunyai hubungan baik dan akrab.

“Pilihan raya akan datang tentunya pengundi bukan Melayu khususnya pengundi Cina perlukan satu kuasa di Selangor ini yang boleh memberikan kestabilan dan kesejahteraan terhadap kerajaan negeri.

“Saya fikir inilah diperlukan pengundi Cina dalam kerajaan negeri Selangor pada masa akan datang,” katanya memetik dari Sinar Harian.

Mengambil contoh perkara yang berlaku di kawasan Dun Sabak yang dimenanginya pada PRU13, Sallehen berkata, terdapat pengundi kaum Tionghoa menyokong Pas pada PRU lalu.

“Sebab itu kita tidak boleh mengatakan pengundi Cina ini sukar untuk tidak mengundi Pas secara pukal,” katanya.

Ditanya tentang kaji selidik yang dijalankan akhbar ini menunjukkan BN masih kuat di beberapa kawasan utara Selangor merangkumi Parlimen Kuala Selangor, Tanjong Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam, Sallehen berkata, kaji selidik itu tidak menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku di negeri ini.

Beliau berkata, BN tidak boleh dianggap masih kuat memandangkan kecenderungan pengundi pada masa sekarang berbeza berbanding pada PRU13.

“Tidak ada siapa yang boleh mengaku parti mereka kuat selagi belum berlakunya PRU14.

“Sebab itu saya fikir mungkin kenyataan mengatakan mereka (BN) masih kuat sebagai satu jarak tempoh yang mereka nak cari supaya tidak kehilangan pengundi dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");