Perak Hari Ini

DAP Hanya Gemar Tanamkan Politik Kebencian

BATU GAJAH:Rakyat kini lebih bijak dan boleh menilai segala tindakan yang dilakukan oleh pihak pembangkang.

Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamzah Mohd Kasim berkata dakwaan bahawa DAP yang berhasrat mengadakan 100 ceramah di negeri ini hanya untuk menyebut perkara sama dalam usaha memupuk kebencian terhadap kerajaan.

“Mereka hanya mengatakan fitnah semata-mata perkara yang tiada, nak diada-adakan malah rakyat juga tidak mahu perkara sebegitu.

“Pakatan mereka juga telah berpecah belah ahli Pribumi telah berselisih pendapat hingga keluar dari parti tetapi UMNO masih tetap dengan perjuangan untuk rakyat, demi agama bangsa dan negara,” katanya.

Jelasnya rakyat dinasihati agar tidak terpedaya dengan penipuan serta teknik menanam kebencian kepada kerajaan oleh pembangkang.

“Jika cara politik sebegini, rakyat tentu akan marah ada juga parti lain keluar dari Parti Umno dan Barisan Nasional yang akhirnya kecundang kerana tiada roh perjuangan.

“Jika sayang pada negara sayang kepada bangsa, akan terus berkhidmat walaupun tidak mendapat apa-apa imbuhan,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");