Perak Hari Ini

Dialog Pangkor Platform Terbaik Penjanaan Pembangunan Masa Hadapan

IPOH: Penganjuran Dialog Pangkor (PIDD) 2017, yang diilhamkan Menteri Besar Perak, ia telah berjaya menjenamakan negerinya sebagai hub bagi industri mesyuarat, persidangan, insentif dan pameran (MICE), selain dapat  menjana idea pembangunan masa depan yang lebih terancang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata program tahunan ini merupakan merupakan platform terbaik bagi  mencapai matlamat dan strategi dalam mencorakkan pembangunan yang lebih baik bukan sahaja di Malaysia malah di rantau ini.

“PIDD ini telah berjaya mengumpulkan pemain-pemain industri antarabangsa di bawah satu bumbung, di mana selain dapat bertukar-tukar idea, kehadiran mereka ini secara tidak langsung bakal memberi kebaikan kepada negeri terhadap pelbagai sektor.

“Saya yakin dengan penganjuran program berskala besar yang menglibatkan penyertaan golongan pentadbir, ahli akademik, pelabur dan Badan Bukan Kerajaan ini akan membentuk masa depan pembangunan (Negeri Perak) yang terbaik dengan usaha yang minima,” katanya.

Tambah beliau, dengan penglibatan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dalam dialog ini juga merupakan pengiktirafan terhadap kepentingan rangkaian pembangunan global untuk pertumbuhan antarabangsa.

“Melalui penambahbaikan dan pengukuhan hubungan antara pelbagai negara melalui pertukaran pengetahuan, pengalaman dan sumber daya manusia, ia adalah cara terbaik dalam membantu dunia untuk membina kehidupan yang lebih baik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Malam Apresiasi Dialog Pangkor 2017 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) dekat sini, pada Isnin.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), Dr  Mazalan Kamis.

Majlis turut menyampaikan anugerah persempena PIDD 2017 kepada 10 tokoh penerima antaranya Tun Dr Lim Keng Yaik, Datuk Mohammad Nor Khalid, Cheong Jun Hoong dan Dr Anil K Gupta.

Dalam pada itu, turut disampaikan sijil pengiktirafan  Malaysia Book of Records (MBOR) kepada Perak Festival Of Ideas di mana ia menjadi program penganjuran acara terbanyak dalam masa seminggu.

Ia disampaikan Ketua Pegawai Operasi MBOR, Chirstopher Wong.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");