Jenayah

Ditahan Tanam Mayat Bayi Kekasih

PETALING JAYA: Seorang wanita mengadu tidak sihat dan pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi doktor mengesyaki sesuatu tidak kena apabila menemui tanda-tanda dia telah melahirkan anak baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata wanita berusia 24 tahun itu menerima rawatan akibat demam di jabatan kecemasan Hospital Kuala Lumpur pada Khamis.

Doktor di hospital tersebut mengetahui ada sesuatu yang tidak kena.

“Pesakit kemudian mengakui telah melahirkan bayi pada 19 Julai di rumahnya di Sungai Besar dan berkata bayinya meninggal dunia semasa dilahirkan,” kata Chong.

Chong berkata wanita itu mendakwa dia mengandung tujuh bulan ketika itu dan kekasih suspek kemudiannya menanam mayat bayi tersebut dekat kawasan semak berhampiran rumahnya.

“Kekasih wanita itu kemudiannya ditahan untuk membantu siasatan,” kata Chong.

Menurut mStar Online, difahamkan kekasih wanita itu bukan bapa kepada bayi malang itu.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");