Perak Hari Ini

Dituduh Buat Lima Lagi Tuntutan Palsu GST

IPOH:Seorang lelaki sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, atas lima pertuduhan membuat tuntutan palsu bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bernilai RM363,769 bermula Disember 2015 hingga April 2016.

Loo Peng Wah, 50, didakwa dengan lima pertuduhan mengikut Seksyen 89 (1)(b) Akta GST 2014 dimana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum 20 kali ganda daripada jumlah cukai atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

Tertuduh yang diwakili peguam Manjeet Kaur dan Dalgit Singh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dan minta dibicarakan.

Pertuduhan dijalankan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Mohd Safwan Fathy Yahaya di hadapan Majistret Mohd. Syafiq Mustaza.

Mohd Safwan kemudian memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM300,000 terhadap Peng Wah dan syarat tambahan iaitu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan perlu melapor diri sekali sebulan di mana-mana pejabat JKDM terdekat.

Manjeet Kaur pula memohon mahkamah memberi jaminan yang munasabah iaitu RM10,000 bagi Peng Wah serta menawarkan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri sekali sebulan di pejabat JKDM.

Mohd. Syafiq Mustaza kemudian mengenakan jaminan keseluruhan RM20,000 bagi setiap satu pertuduhan berserta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan perlu melapor diri sekali sebulan di mana-mana pejabat JKDM terdekat.

Sebutan semula dan pengurusan dokumen bagi kesemua kes ditetapkan 12 Oktober ini.

Terdahulu pada 30 Ogos lalu, tertuduh dan isteri Ng Lee Foon, 45, didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh,atas 11 pertuduhan membuat tuntutan palsu bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bernilai RM745,838 bermula Oktober 2015 hingga Mei 2016.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");