Jenayah

Dua Individu Diburu Pukul Lelaki Guna Rotan

KUALA LUMPUR: Polis memburu dua individu dipercayai terlibat memukul seorang lelaki dengan rotan di rumahnya di Bandar Baru Klang, dekat sini, Rabu lepas.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, mangsa berusia 52 tahun yang sedang bertengkar dengan isterinya telah didatangi seorang lelaki iaitu jiran mereka dipercayai cuba meleraikan pergaduhan itu.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM SAC Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata  mangsa kemudiannya memarahi suspek kerana cuba mencampuri urusan keluarganya.

Menurut Asmawati, suspek kemudian datang ke rumah mangsa bersama seorang lagi rakannya dan memukul mangsa menggunakan sebatang rotan dan merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbit.

“Punca kejadian dipercayai kerana mangsa memarahi dan memaki suspek dengan kata-kata lucah ,” katanya.

Menurut laporan Bernama, Asmawati berkata mangsa yang cedera di bahagian badan dan betis kemudiannya mendapatkan  rawatan di ??Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Dua rakaman kejadian yang memaparkan mangsa dipukul berkali-kali menggunakan rotan dengan kecederaan di bahagian badan tersebar di laman sosial hari ini serta mendapat kecaman orang awam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");