Jenayah

Dua Lelaki Ditahan Gali Emas Secara Haram

KOTA BHARU – Dua lelaki ditahan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) kerana disyaki menggali emas secara haram di Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Stong Selatan, Tanah Merah, dua hari lepas.

Pengarahnya, Datuk Zahari Ibrahim berkata, dua lelaki berusia 43 dan 52 tahun itu ditahan sepasukan pegawai Unit Operasi dan Penguatkuasaan jabatan itu, ketika mereka sedang mencari gali emas di kawasan hutan tersebut.

“Pemeriksaan mendapati mereka tiada permit untuk masuk ke kawasan hutan simpan itu selain permit mencari gali telah tamat tempoh,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu lapor Bernama.

Beliau berkata jabatannya bertindak menyita empat unit pam air , tiga unit bateri, sebuah generator, satu mini palong dan satu dulang kayu.

Sementara itu, Zahari berkata dalam serbuan kedua yang dijalankan di HSK Berangkat, Tanah Merah pada hari sama, pihaknya menemui dua unit pam air disyaki digunakan bagi menjalankan kerja menggali emas.

“Tiada suspek ditemui di kawasan serbuan dipercayai sudah melarikan diri,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");