Berita Hari Ini

Ekonomi Seni Budaya Aset Baharu Negara – PM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan penubuhan Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (CENDANA) bagi menerajui pembangunan ekonomi industri seni budaya Malaysia.

Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan awal RM20 juta kepada CENDANA bagi menggerakkan pembangunan seni budaya negara ke tahap optimum.

“Saya melihat seni budaya satu komponen yang berpotensi yang belum lagi kita bangunkan ke tahap optimum.

“Hari ini saya isytiharkan ekonomi seni budaya sebagai aset baharu negara,” katanya berucap pada majlis pelancaran CENDANA di sini, hari ini.

CENDANA yang ditubuhkan kerajaan menerusi MyCreative Ventures adalah satu usaha yang diumumkan dalam Bajet 2017 lalu.

CENDANA ditubuhkan berpandukan wawasan untuk membina ekonomi kebudayaan yang pesat berkembang dan penuh inspirasi bagi Malaysia yang boleh dikongsi seluruh rakyat.

CENDANA juga akan menumpukan usaha untuk menyokong pembangunan sektor seni dan budaya dalam industri kreatif serta mempromosikannya kepada khalayak yang lebih luas.

Selain itu Perdana Menteri berkata, seni budaya turut dilihat sebagai satu komponen penting dalam membangunkan sebuah peradaban dan jati diri bangsa.

“Sebagai sebuah negara yang kaya dengan budaya, kita perlu membangunkan lebih ramai bakat dan pasarkannya sebagai sumber baharu bagi aspirasi jati diri kita yang dipandang tinggi serta sebagai satu punca kekuatan dan kebanggaan rakyat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");