Perak Hari Ini

Eksesais 14 hari Tingkat Kemahiran SAR

IPOH:Eksesais, kolaborasi latihan taktikal dan operasi bersama antara Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Operasi Khas Tentera Udara Amerika Syarikat (AFSOC 6 SOS) dilihat sebagai salah satu medium untuk meningkatkan kemahiran latihan taktikal antara tentera kedua-dua negara.

Komander Pasukan Gerakan Udara, Datuk S. Sathiya Seelan berkata, eksesais itu berlangsung selama 14 hari bermula pada 24 Ogos lalu dan tamat pada 16 September ini bertujuan meningkatkan keupayaan, perancangan dalam menghadapi cabaran operasi dan menyelamat dalam sebarang bencana yang berlaku.

Hadir sama Penolong Pengarah Operasi Tentera Udara Amerika Syarikat, Mejar Anthony D.Gibson.

Terdahulu sebanyak 21 anggota tentera Udara Amerika yang berpangkalan di Florida telah menjalani sesi latihan bersama dengan Pasukan PGU selain berkongsi pengalaman serta latihan taktikal menerusi latihan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR).

“Kerjasama ini membantu anggota PGU bersedia untuk menghadapi cabaran terutamanya dalam operasi SAR sebenar kelak dan pelbagai latihan taktikal bagi sebarang operasi bantuan bencana,” katanya sejurus selepas majlis penutup Eksesais tersebut di Pangkalan Latihan Unit Udara Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.

Jelasnya lagi, sesi latihan kali ini turut melibatkan operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan di Pulau Sembilan.

“Para anggota telah didedahkan dengan peranan paramediks, cara pemidahan mangsa, penurunan kargo dan makanan, pencarian mangsa dan langkah untuk menyelamat,” katanya.

Katanya, kejadian bagi SAR sebenar pastinya akan lebih mencabar yang memerlukan kerjasama serta ketetapan yang tinggi selain perancangan yang teratur untuk menyelamatkan mangsa.

Beliau turut berharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi mengeratkan hubungan bersefahama selain meningkatkan pembabitan secara bersepadu elemen taktikal kedua-dua negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");