Membawang Hari Ini

Elite VS Elite?

KUALA LUMPUR: Akibat gagal membayar ganti rugi berjumlah RM707,351.83 seperti diperintahkan Mahkamah Sesyen Selayang, dua tahun lalu bekas anggota kumpulan Elite, Hana sekali lagi memfailkan saman terhadap rakan kumpulannya, Watie Sadali di mahkamah sama, hari ini.

Hana atau nama sebenarnya Norhanasafiza Mat Adnan, 39, yang menang dalam kes saman pada 10 Mac 2015 terhadap rakannya, Norwati Sadali, 41, memfailkan saman penghutang penghakiman itu pada 18 Mei lalu, selepas Watie masih gagal menjelaskan hutang berkenaan sehingga kini.

Prosiding dijalankan di dalam kamar Hakim Rasyihah Ghazali.

Dalam permohonan itu, Hana memohon mahkamah mengeluarkan perintah waran tangkap sekiranya Watie selaku penghutang gagal hadir ke mahkamah bagi memberi penjelasan berhubung kegagalannya membayar hutang berjumlah RM707,351.83.

Watie yang ditemani suaminya, Zulkifli Daud atau Joey ketika ditemui di luar mahkamah, berkata beliau tidak membayar jumlah yang dituntut Hana disebabkan tidak berkemampuan.

Hana bagaimanapun tidak hadir dan hanya diwakili peguam Tengku Nadiatul Hanim Tengku Mohamad Nasser.

Menurut laporan BH Online, mahkamah kemudian menetapkan 11 Oktober depan untuk perbicaraan kes itu.

Sebelum ini, Hana memenangi saman terhadap Watie berhubung kegagalan penyanyi itu menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya bagi membeli kenderaan jenis Toyota Wish.

Dalam penyata tuntutan itu, Hana membuat pinjaman bank bagi pihak Watie sebanyak RM150,000 untuk membeli kenderaan itu tetapi pelakon itu gagal mematuhi syarat ditetapkan seperti membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak September 2010.

Pada 1 April 2013, Hana diisytiharkan muflis dan perkara itu mendatangkan malu kepadanya malah memberikan kesan negatif dalam kerjaya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");