Berita Hari Ini

Empat Hakim Wanita Dilantik Ke Mahkamah Tertinggi

PUTRAJAYA: Badan kehakiman pada Isnin mencipta sejarah apabila empat hakim wanita sekali gus dinaikkan pangkat ke mahkamah tertinggi negara ini.

Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif berkata kenaikan pangkat Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan  dan tiga hakim lagi iaitu  Datuk Suraya Othman, Datuk Yeoh Wee Siam dan Datuk Rhodzariah Bujang, sebagai Hakim Mahkamah Rayuan adalah berdasarkan prestasi dan budaya kerja yang telah mereka tunjukkan.

“Pastinya majlis pada hari ini merupakan suatu lagi kejayaan yang harus menjadi kebanggaan Yang Arif- Yang Arif,  keluarga dan sahabat handai. Sesungguhnya pelantikan Yang Arif-Yang Arif pada hari ini merupakan satu sejarah badan kehakiman di mana empat hakim wanita sekali gus dinaikkan pangkat ke mahkamah tertinggi.

“Dalam eri kata lain kenaikan pangkat mereka adalah berdasarkan merit. Syabas kepada kaum wanita. Perlu saya nyatakan bahawa kenaikan pangkat keempat-empat hakim wanita ini bukan untuk memenuhi kuota wanita di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan, tetapi kenaikan pangkat ini adalah kerana prestasi dan budaya kerja yang mereka tunjukkan selama ini ,” kata Md Raus diiringi tepukan gemuruh oleh hadirin pada majlis itu, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya selepas majlis angkat sumpah pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, 64, sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan  dan tiga hakim Mahkamah Tinggi iaitu  Datuk Suraya Othman, 59,  Datuk Yeoh Wee Siam, 64, dan Datuk Rhodzariah Bujang, 56, yang kesemuanya dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.

Pelantikan keempat-empat hakim wanita itu berkuat kuasa 23 Sept 2017.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");