Jenayah

Enam Lelaki Bersenjata Samun Kedai Emas Di Rawang

KUALA LUMPUR,- Enam lelaki bersenjata menyamun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya di Persiaran Anggun, Taman Anggun, Rawang dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6.45 petang tadi, kesemua suspek menaiki tiga motosikal jenis Yamaha 125 dan tiga daripada mereka memasuki premis itu manakala tiga lagi menunggu di luar.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata ketiga-tiga lelaki itu, yang bersenjatakan dua tukul besi dan sepucuk pistol hitam, telah memecahkan empat kaca kotak pameran barangan kemas.

“Ketika kejadian, seorang daripada mereka sempat melepaskan satu das tembakan ke arah siling sebelum meloloskan diri.

“Rakaman kamera litar tertutup mendapati kesemua suspek bertopeng, bertopi keledar dan bersarung tangan dan berjaya melarikan barang kemas sebelum polis tiba di lokasi,” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");