Sukan Hari Ini

FIFA Ubah Cara Undian Kumpulan Piala Dunia 2018

FIFA mengesahkan kesemua empat pot undian bagi Piala Dunia 2018 akan ditentukan berdasarkan kedudukan ranking negara masing-masing.

Peraturan itu mewakili perubahan ketara daripada edisi sebelum ini apabila Pot 1 ditentukan menerusi ranking sementara tiga pot lain ditentukan berdasarkan konfederasi, lapor portal Stadium Astro.

Bagaimanapun, keputusan baru yang dilaksanakan Jawatankuasa Penganjur Pertandingan FIFA itu bermakna kesemua 32 negara akan disusun berdasarkan kedudukan ranking bagi bulan Oktober.

Pasukan tuan rumah, Russia, secara automatik mengisi Pot 1 bersama tujuh pasukan teratas dengan Brazil turut membarisi pasukan tujuh terbaik itu selepas telah pun mengesahkan kemaraan lebih awal.

Jermna, Argentina dan Portugal turut akan membarisi senarai tujuh pasukan terbaik seandainya mereka mara.

Pot 2 juga dilihat bakal menempatkan pasukan kuat, dengan England, Perancis, Sepanyol dan Itali antara negara yang bakal terlibat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");