Berita Hari Ini

Gunung Agung Bakal Meletus Bila-Bila Masa

BALI, INDONESIA:  Kaki ‘travel’ atau pelancong dinasihatkan berhati-hati sekiranya ingin berkunjung ke Bali dalam tempoh terdekat.

Ini kerana Gunung Agung yang terletak di Bali dilaporkan berstatus aktif dan bakal meletus pada bila-bila masa sahaja.

Menurut laporan Sinar Online, menerusi media Indonesia, pemerintah negara tersebut telah meningkatkan status gunung itu ke paras baharu iaitu paras tiga yang membawa maksud siap sedia.

Mengikut peta, terdapat dua kawasan tumpuan pelancong yang berkemungkinan akan terjejas iaitu Candi Pura Besakih dan Rumah Pohon yang terletak dalam radius 10 kilometer dari gunung tersebut.

Gunung tertinggi di Bali itu terletak ke arah Timur Laut Bali dan berketinggian hampir 3,142 meter dari aras laut.

Gunung tersebut dilaporkan pernah meletus pada 1963 di mana letusan  mengorbankan 1,148 nyawa terkorban dan ribuan lain mengalami kecederaan.

Letusan ketika itu merosakkan banyak bangunan dan tempat bersejarah.

Bagaimanapun kini selepas hampir 60 tahun, gunung terbabit kembali aktif dan diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk kembali meletus.

Menurut sejarah terdahulu, lahar gunung itu boleh mengalir menjangkau tujuh kilometer dalam masa 20 hari manakala debu dari hasil letupan boleh merebak lebih dari 10 kilometer.

Justeru, sebagai langkah keselamatan, pelancong dinasihatkan tidak mendekati 10 kilometer radius dari gunung tersebut dalam tempoh terdekat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");