Sukan Hari Ini

Hafizh Naiki Podium Di San Marino

PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah, berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan podium setelah meraih tempat ketiga dalam GP San Marino, semalam.

Berlangsung dalam keadaan litar basah ekoran hujan lebat, Hafizh, daripada pasukan Petronas Raceline, menamatkan perlumbaan 7.875 saat di belakang pemenang, Dominique Aegerter (51 minit 39.709 saat) sementara tempat kedua menjadi milik Thomas Luthi.

Seorang lagi wakil negara, Khairul Idham Pawi, turut menamatkan perlumbaan dalam kelompok 10 teratas selepas menduduki tempat kesembilan.

Ini adalah kedudukan podium pertama buat Hafizh selepas menamatkan perlumbaan dalam GP Malaysia, selaku pelumba wild card; di kedudukan sama pada 2012.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS turut mengucapkan tahniah di atas podium kedua dalam karier Hafizh Syahrin.

Kejuaraan Cub Prix Malaysia juga mengucapkan tahniah dengan pencapaian Khairul Idham yang menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan.

“Ini adalah saat paling menggembirakan apabila dapat meraikan kejayaan pelumba-pelumba Malaysia. Ia menjadi lebih istimewa apabila bakat-bakat pelumba ini ditemui dan digilap melalui Kejuaraan Cub Prix Malaysia dan Kejuaraan Motosikal Asia.

“Dengan pencapaian ini, semoga pencapaian Hafizh dan Khairul Idham dalam perlumbaan minggu ini akan terus menjadi inspirasi kepada generasi juara Malaysia akan datang,” kata kenyataan itu, berdasarkan laporan dari portal Stadium Astro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");