Perak Hari Ini

Hindar Diri Dari Gejala Fitnah Yang Merosakkan Perpaduan

IPOH: Setiap warganegara Malaysia wajib mempertahankan keamanan dan kemakmuran negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan, Datuk Saarani  Mohamad berkata, rakyat Malaysia harus bersyukur dan berterima kasih kepada pemimpin terdahulu yang telah berusaha menjadikan Malaysia negara yang membangun serta berjaya di mata dunia.

“Ada negara yang sudah merdeka tetapi ketika ini masih berada dalam keadaan kacau bilau.

“Saat kita di sini kita seronok menyambut Hari Malaysia, di negara-negara seperti di Myanmar, ada golongan etnik mereka sendiri dizalimi,” katanya.

Tambah beliau, rakyat Malaysa juga harus menghindarkan diri mereka dari terlibat dengan sebarang aktiviti penyebaran fitnah dalam media sosial yang mana ia bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan masyarakat. 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Perak 2017 di Dataran Bandaraya Ipoh, pada Sabtu.

Yang turut hadir, Pengerusi Tourism Perak Management Berhad, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong, Datuk Mohd Kamil Shafie.

Pada perkembangan sama, majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian dan tarian kebudayaan yang antaranya dari Jabatan Kebudayaan Kesenian Negeri  (JKKN) Perak.

Turut mencuri tumpuan kira-kira 5,000 hadirin ialah persembahan dari penyanyi terkenal tanah air iaitu, Tajul, Floor 88 dan Wany Hasrita.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");