Perak Hari Ini

‘House Of Dolls’ Tarikan Terbaru Di Lost World Tambun

IPOH:Sepanjang Oktober depan, Lost World of Tambun (LWOT) kembali dengan satu lagi tema seram ‘House Of Dolls’ istimewa bagi ‘Spooky Halloween’ buat pengunjung yang ingin merasai sendiri suasana seram dan mendebarkan di taman tema terkenal di Ipoh.

Pengunjung bakal melihat sendiri pelbagai watak patung-patung hidup beraksi dalam persembahan ‘House Of Dolls’ yang pastinya menghiburkan.

Pelbagai aktiviti, permainan dan hadiah yang menarik menanti anda malah anda juga berpeluang bermain pelbagai aktiviti seperti Tick Tac Toe, Trick or Treat, Witch Broom Hook, Jack O Scares dan Dolls Alive!

Antara yang mungkin mencuri tumpuan bagi kali ini, iaitu pameran House of Dolls yang menampilkan watak Sebastian, seorang pencipta boneka berusia 64 tahun yang hidup bersendirian di dalam hutan.

Ceritanya bermula apabila pada satu malam dan ribut melanda, pasangan, Jack dan Audrey, berteduh di rumah Sebastian selepas kereta mereka mengalami kerosakan.

Semuanya baik, bagaimanapun keadaan berubah apabila Jack mula menghina anak patungnya, yang kemudiannya hidup serta enggan membenarkan pasangan itu pergi.

Bagaimanakah kisah ini berlaku dan berakhir? anda boleh datang dan menontonnya sendiri di LWOT Oktober ini!

Untuk pertanyaan lanjut, boleh melayari laman web https://sunwaylostworldoftambun.com/ atau menghubungi talian 605-542 8888.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");