Perak Hari Ini

Hubungan Ketenteraan Malaysia-Australia Terus Diperkukuh

SUNGAI SIPUT: Eksesais Haringgaroo Siri Ke-68 ini merupakan salah satu inisiatif bagi memperkasakan hubungan dua hala antara Malaysia dan Australia dalam bidang pertahanan.

Latihan ketenteraan tersebut adalah hasil daripada Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) dan Program Pertahanan Bersama Malaysia-Australia.

 

Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd Ramli Jaafar berkata ia merupakan aktiviti tahunan yang berlansung secara ‘timbal balik’.

“Pada kali ini, mereka, Kompeni Tentera Infantri Australia (RCB) datang ke sini untuk bersama-sama berkongsi ilmu seperti melibatkan taktikal ketenteraan dan sebagainya malah mereka turut menyertai ativiti di lapangan dengan kita.

“Pada kebiasaanya, pada tahun yang sama, kita juga akan menghantar pasukan kita ke Australia untuk aktiviti yang sama cuma, tarikhnya berdasarkan ketetapan daripada pihak mereka,” katanya.

 

Tambah beliau, Eksesais Haringgaroo, kali ini memfokuskan kepada tektikal peperangan menentang insurgensi (CIW).

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penutup Eksesais Haringgaroo  di Hutan Simpan Terkok, di sini, pada Jumaat.

Pada masa sama, Komander Briged Ketiga Australia, Chris Field berkata, ini merupakan satu penghormatan besar di mana dapat menjadi sebahagian dari usaha pengukuhan hubungan pertahanan antara dua negara.

 

“Seperti yang diketahui, hubungan ketenteraan antara dua negara ini telah bermula sekitar Perang Dunia Kedua dan kami berharap hubungan ini akan terus kekal ke masa yang akan datang,” katanya.

Eksesais yang bermula pada 17 September ini merupkan sebahagian daripada empat fasa aktiviti latihan ketenteraan bagi kedua-dua negara terlibat.

 

Fasa pertama dimulakan dengan sesi pertukaran idea dan tektikal peperangan dari segi teoritikal.

Kemudian, ia diaplikasikan dalam aktiviti di lapangan seperti aktiviti eksesais ini.

Fasa ketiga dan keempat pula melibatkan aktiviti lawatan dan persiapan pulang.

Seramai 191 anggota Tentera Darat Malaysia, dan 118 anggota RCB yang berpangkalan di Butterworth, Pulau Pinang, telah berkampung di sini selama 11 hari.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");