Jenayah

Ibu Keluar Berpesta, Bayi Maut Sendirian Di Rumah

SEORANG wanita berdepan hukuman penjara 10 tahun apabila bertindak meninggalkan bayi lelakinya bersendirian di rumah selama seminggu.

Viktoria Kuznetsova, 17, meninggalkan Egor, sembilan bulan sebelum dia keluar berpesta dengan rakan-rakannya kolejnya.

Anaknya ditemui mati kelaparan di dalam kereta sorong.

Suaminya telah menyiarkan gambar Egor di media sosial dengan menulis ‘inilah yang berlaku kepada anak saya’ dan kini mahu menceraikan isterinya.

Kuznetsova menulis di VK (Facebook versi Rusia) ‘semuanya ok’ dan ‘melepak dengan Nastya’ sambil memberitahu kawan-kawannya bahawa Egor sedang dijaga oleh ibu saudaranya.

Mesej-mesej itu disiarkan ketika bayinya telah tiada.

Ketika ditangkap oleh polis yang telah dimaklumkan tentang kejadian itu oleh jirannya, dia telah memberitahu mereka bahawa dia tidak mahu menjaga Egor lagi.

Katanya, dia telah menghantar Egor ke rumah anak yatim ketika berusia sebulan, tetapi Egor dikembalikan kepadanya enam bulan kemudian lapor metroUK.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");