Berita Hari Ini

Imigresen Akur Dasar Kerajaan Berhubung Kemasukan Rohingya

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan akur dengan ketetapan kerajaan berhubung kemasukan pelarian Rohingya ke negara ini, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata bagaimanapun ketetapan itu hanya untuk mereka yang melarikan diri daripada krisis di Myanmar bukan bagi pelarian ekonomi yang mahu mencari pekerjaan di negara ini.

“Jabatan Imigresen adalah sebuah agensi pelaksana yang akan mengikut apa juga ketetapan sama ada pelarian etnik Rohingya dibenarkan masuk atau tidak. Selama ini, kalau mereka etnik Rohingya atau warga Myanmar yang datang ke negara secara haram, maka JIM akan membuat tangkapan.

“Tangkapan itu dibuat kerana ada warga Myanmar tanpa dokumen tetapi ada juga segelintir daripada mereka ada kad Pesuruhjaya Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR),” katanya pada sidang media selepas mengetuai Majlis Ikrar Bebas Rasuah Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan JIM, pada Isnin lapor Bernama.

Semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dilaporkan berkata Malaysia bersedia menerima lebih ramai pelarian Rohingya ke negara ini susulan keadaan yang semakin meruncing di Myanmar.

Setakat ini, sebanyak 56,000 kad UNHCR telah dikeluarkan kepada pelarian Rohingya yang memberikan kebebasan untuk mereka tinggal di negara ini.

Ditanya sama ada JIM akan mengambil tindakan terhadap 44 etnik Rohingya yang ditahan polis semasa mengadakan perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 30 Aug lalu, Mustafar berkata perkara itu akan ditangani selepas siasatan polis selesai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");